Persepsi dalam dunia psikologi kebanyakannya dimonopoli oleh teori-teori dari barat. Menurut M.G. Husain (t.th.) dalam buku Psychology and Society in Islamic Perspective,
teori-teori moden ciptaan sarjana-sarjana barat ini lebih menitik
beratkan kajian sosial dan budaya manusia tanpa memberi perhatian
pengaruh spiritual manusia.
Hassan Langgulung (1986) dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam,
menyatakan bahawa dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu
‘aql’, ‘nafs’, ‘roh’ dan ‘qalb’. Inilah perbezaan paling ketara antara
psikologi barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan
sedangkan di barat, kajian terhadap tingkah laku lebih diutamakan.
Dalam buku Sains Sosial dari Perspektif Islam,
Wan Hashim Wan The (1986) menyatakan bahawa teori-teori psikologi dari
barat tidak sesuai digunakan untuk mengkaji masyarakat Islam kerana
‘world-view’ Barat tidak sama dengan ‘world-view’ Islam. Oleh itu,
teori-teori yang dicipta oleh sarjana barat tidak berdasarkan realiti
masyarakat Islam. Sebagai alternatifnya, Hanna Djumhana (1994) dalam buku Integrasi Psikologi Dengan Islam: Menuju Psikologi Islam, menegaskan bahawa prinsip tauhid hendaklah dijadikan pedoman dalam kajian psikologi.
Sarjana-sarjana
Islam yakin bahawa perspektif psikologi yang digali dari Al-Quran dan
Al-Hadith boleh mempengaruhi perubahan sosial dan masyarakat. Menurut M.G. Husain lagi, manusia
berupaya mencapai kehebatan dengan memupuk sifat-sifat yang dikehendaki
Allah S.W.T. ke dalam dirinya. Ini kerana objektif dalam kajian
psikologi Islam adalah untuk membentuk insan yang lebih berkualiti serta
mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar