Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi telah membawa manusia ke
dunia era pemodenan dan globalisasi. Kemajuan ini telah memberi manusia
pelbagai kemudahan dalam menjalankan aktiviti kehidupan. Namun di
sebalik kemajuan yang berbentuk material sahaja telah menjadikan manusia
kehilangan kemajuan dari aspek kerohanian. Memandangkan kemajuan dari
aspek material telah mengubah nilai-nilai kehidupan manusia baik dari
segi budaya, moral, agama mahupun sosial.
Justeru itu manusia mulai mengalami pelbagai tekanan,
kemurungan dan ketidakseimbangan sehingga mengalami gangguan jiwa.
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk
dalam bidang psikologi. Namun secara umumnya psikologi kontemporari
tidak mampu mengatasi semua permasalahan mangsa arus kemodenan. Melihat
permasalahan ini para ilmuan Islam merasakan perlunya satu pendekatan
baru yang lebih komprehensif dan bersifat kekal dalam melihat kewujudan
manusia. Oleh itu wujudlah suatu ilmu sebagai suatu pendekatan psikologi
berpandukan al-Qur’an dan as-Sunah pada dekat terakhir seperti di
Indonesia dan Malaysia iaitu Psikologi Islam.
Secara historikalnya kewujudan Psikologi Islam merupakan
salah satu proses Islamisasi Ilmu yang berlaku di bahagian Timur. Hal
ini berlaku apabila bermulanya kritikan terhadap ilmu pengetahuan yang
membawa manusia jauh dari nilai-nilai kemanusiaan pada tahun 1970 . Ilmu
pengetahuan berkembang hanya dengan prinsip rasional dan
berorientasikan bahan sehingga mengabaikan nilai-nilai agama.Ini telah
dijelaskan di dalam al-Qur’an surah Fussilat 41:52. Konsep Islamisasi
ilmu pengetahuan merupakan satu gerakan berlandaskan agama dan sumber
ajaran Islam (Al-Qur’an) yang dipelopori oleh Ismail Al-Faruqi dan
Muhammad Naquib Al-Attas.
Islamisasi ilmu menurut takrifan Syed Naquib al-Attas
ialah suatu usaha terancang dan beransur-ansur yang akan membuahkan satu
masyarakat yang berpegang teguh kepada keseluruhan ajaran Islam dalam
semua aspek kehidupan masyarakat (al-Attas, dlm Wan Mohd Nor Wan Daud,
1991). Dengan kelahiran Islamisasi Ilmu ini, merupakan faktor utama
banyak berlaku pembetulan teori-teori ilmu dari barat yang sekuler dan
materialistik yang wujud termasuk ilmu psikologi moden dengan alternatif
baru. Oleh itu bagi al-Attas, Islamisasi Ilmu perlu diperjuangkan
sebagai pembebasan diri dari tradisi tahyul dan pengembalian diri
kepada kejadian asal yang fitrah. Maka menurutnya lagi Islamisasi Ilmu
perlu bermula dengan langkah Islamisasi akal dan pemikiran melalui
Islamisasi bahasa, sesuai sebagaimana dijelaskan di dalam al-Qur’an
dalam surah al-Taubah 11:22.
Dengan itu psikologi Islam terus berkembang dan di bahas dalam perlbagai conferens diantaranya seperti pada tahun 1975 American Muslim Social Scientist (AMSS) Malik A.Badri membentangkan makalah The Dilemma of Muslim Psychologists, 1977 Word Conference on Muslim Education
di Mekah membahaskan Psikologi dalam Perspektif Islam. Di Malaysia
Hassan Langgulung menulis buku Pendidikan Islam, Suatu Analisis
Sosio-Psikologi (1979) dan Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam
(1980). Sehingga tahun 2008 telah terbit lebih dari empat puluh judul
buku yang membahaskan Psikologi Dalam Perspektif Islam.
Di antara tokoh Psikologi Islam yang lahir ketika itu
menurut Khaidir et.al (2009) seperti Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin
Tharkhan (Al-Farabi), Abu Ali Al Husain bin Abdullah (Ibnu Sina), Abu
Hassan Ali Al-Basry (Al-Mawardi), Abu Hamid Muhammad bon Muhamad
Al-Gazali (Al-Ghazali) dan Abu Bakar Muhamad bin Abdul Malik bin Tufail
Al-Qaisy (Ibnu Tufail).
Kesimpulannya, apabila timbulnya kritikan ilmu dari barat
telah membuka ruang kepada ilmuan Islam untuk memberikan nafas baru
kepada disiplin ilmu Islam berdasarkan sumber ajaran Islam (al-Qur’an).
Menurut Hassan Langgulung (1979) Pemikiran zaman Yunani telah memberi
sumbangan besar terhadap pemikira muslim dan kemajuan peradaban Islam.
Walaupun demikian pemikir Muslim tidak serta-merta menerima pandangan
dan konsep dari zaman Yunani melainkan melakukan pemilihan dan
pengkajian semula berdasarkan ajaran Islam. Dengan memandang manusia
sesuai dengan fitrah dan eksistensinya yang meliputi asal kejadian,
potensi, kedudukan dan tujuan hidupnya.
http://www.pkukmweb.pdf
http://www.islamic-world.nt/psychology/psy.php?ArtID=203
http://www.psikologi islami-QURANI.mht
Tidak ada komentar:
Posting Komentar